TVET industri penerbangan jamin masa depan cerah

tvet industri penerbangan jamin masa depan cerah

August 16, 2026 – ABDUL RAZAK IDRIS

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SEPANG — Pandangan sempit yang mengatakan bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi pilihan terakhir untuk melanjutkan pelajaran demi masa depan yang cerah perlu diperbetulkan.

Ketua Pegawai Eksekutif ADMAL Aviation College, Abdul Malek Packeer berkata, kerjaya dalam bidang TVET melibatkan kejuruteraan yang khusus menyenggara kapal terbang sememangnya menjanjikan masa depan yang baik dengan pendapatan yang lumayan.

“Hari ini kita mengadakan hari terbuka ADMAL Aviation College dengan memberi fokus untuk membuka ruang kepada lepasan SPM dan ibu bapa mereka mendapatkan maklumat kerjaya dalam bidang penerbangan.

“Selain itu kita juga mengadakan sesi temuduga antara lulusan TVET penerbangan dan pemain industri.

“Program hari ini melibatkan koloborasi antara pihak ADMAL Aviation College dengan beberapa pemain industri tempatan dan luar negara. Koloborasi ini adalah untuk membantu lepasan kolej kami mencari pekerjaan dan kita menolong pihak industri mendapatkan pekerja (yang berkemahiran dan terlatih) yang mereka perlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Hari Terbuka & Kerjaya ADMAL Aviation College dan ADMAL Flying Academy di Salak Tinggi hari ini.

Abdul Malek berkata, pekerjaan dalam bidang TVET penerbangan sentiasa menjanjikan peluang kerjaya yang luas untuk lepasan kolej kejuruteraan penerbangan tersebut.

Katanya lagi, bidang penerbangan bukan sekadar kursus kemahiran memandu kapal terbang yang turut disediakan di ADMAL Flying Academy (di lokasi sama) malahan ia mencakupi kemahiran mengendalikan proses teknikal selepas pendaratan kapal terbang daripada peringkat menurunkan penumpang dan bagasi, penyenggaraan minyak dan penghawa dingin serta pengurusan membawa masuk dan keluar bekalan makanan penumpang.

“Hari ini sebanyak lima pemain industri seperti SIA Engineering Company (dari Singapura), AeroDarat, Base Maintenance Malaysia, Zenix aerospace dan Airod Aerospace Technology hadir untuk temuduga pekerja.

Peluang Pekerjaan & Latihan Industri TVET Penerbangan

“Macam-macam jenis pekerjaan ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang hadir. Terdapat lima hingga 10 jenis bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh setiap syarikat terbabit,” katanya.

Abdul Malek berkata, kehadiran lepasan kolej TVET bukan sahaja melibatkan kolejnya tetapi turut membabitkan lulusan dari kolej TVET lain di negara ini.

Jelasnya yang sudah 25 tahun berpengalaman dalam bidang penerbangan, kehadiran lepasan kolej tersebut untuk sesi interbiu kerja adalah seramai 600 orang dan ia memberi lebih banyak pilihan untuk pemain industri mencari pekerja yang diinginkan.

“Apa yang penting bagi memastikan pekerjaan terjamin, setiap lepasan TVET dari kolej penerbangan mesti mengikuti kursus kemahiran selaras dengan skop pekerjaan yang ditetapkan industri penerbangan itu sendiri.

“Contohnya untuk menjadi Jurutera Penyelenggaraan Pesawat Berlesen (JPPB) sistemnya amat jelas. Begitu juga untuk menjadi juruterbang. Segala sistemnya telah ditetapkan oleh industri penerbangan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Oleh itu kita kena ikut cara-cara industri. Jika kita ikut cara-cara lain (tidak mengikut sistem industri) pelajar secara tidak langsung teraniaya kerana mengikuti pusat kemahiran tanpa kelulusan dan mengikut piawaian pihak berautoriti seperti CAAM,” ujarnya.

Prospek Kerjaya Graduan ADMAL Aviation College

Mengulas lanjut tentang prospek kerjaya pelajar ADMAL Aviation College beliau berkata, seramai 2800 orang lepasan kolej tersebut kini sudah berada dalam pelbagai sektor industri penerbangan di dalam dan luar negara ini.

Tambahnya lagi, ADMAL Aviation College merupakan antara pengeluar Jurutera Penyelenggaraan Pesawat Berlesen (JPPB) terbesar di negara ini sejak pihaknya mendapat kelulusan pihak berkuasa pada tahun 2016.